Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Akhirnya Badi Pecah! Lee Zii Jia "Ngam" Benam Prannoy Di Istora Senayan

Assalamualaikum gais! Fuh, tarik nafas lega jap. Hari ni penyokong badminton Malaysia boleh tidur nyenyak sikit sebab "King" kita, Lee Zii Jia (LZJ), baru je buat kerja gila kat Istora Senayan, Jakarta.

Korang tahu tak, sebelum ni ramai yang risau dengan prestasi Zii Jia sebab asyik sangkut kat pusingan pertama (R32). Tapi hari ni, dia buktikan yang dia masih ada "bisa" tu. Jom kita ulas sikit macam mana Zii Jia "tapau" pemain senior India, H.S. Prannoy tadi.


Akhirnya Badi Pecah! Lee Zii Jia "Ngam" Benam Prannoy Di Istora Senayan



Tamat Badi 6 Kali Kalah Pusingan Pertama!

Kemenangan ni bukan sekadar kemenangan biasa tau. Ini adalah kemenangan "pecah badi". Sebelum ni, Zii Jia bergelut gila sampai tewas enam kali berturut-turut di pusingan pembukaan. Kali terakhir dia rasa nikmat menang ni masa kat Masters Orleans, Perancis tahun lepas.

Bayangkan setahun lebih gais! Jadi, bila dia menang hari ni kat Indonesia Masters 2026, rasa dia macam satu beban besar dah terlepas dari bahu dia.

Set Pertama Yang Berdebar, Set Kedua Terus Dominan

Masa set pertama tadi, memang berpeluh juga la kita tengok. Prannoy bukan calang-calang pemain, dia pun bagi tentangan sengit sampai mata rapat 21-19. Tapi nampaknya Zii Jia lebih tenang kali ni, tak nampak kalut sangat macam sebelum ni.

Masuk je set kedua, Zii Jia terus "on fire"! Dia tak bagi peluang langsung kat Prannoy nak bernafas. Dengan corak permainan agresif dan smash tajam, dia selesa menang 21-11. Ini lah Zii Jia yang kita nak tengok!

Lawan Seterusnya: Panitchaphon Teeraratsakul (Thailand)

Lepas menang ni, Zii Jia dijadualkan bertemu pemain muda Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul di pusingan kedua. Kalau ikut atas kertas, Zii Jia ada kelebihan, tapi kita jangan pandang rendah. Kita harap momentum "pecah badi" ni berterusan sampai ke final!


Info Perlawanan & Jadual Esok

Korang nak tahu jam berapa Zii Jia main esok dan wakil Malaysia mana lagi yang layak? Admin dah update Jadual Lengkap & Info Court untuk hari kedua kat bawah ni.

Senang korang nak standby depan TV atau RTMKlik esok:

👉 [JADUAL PENUH WAKIL MALAYSIA (KLIK SINI)]

Jangan lupa join komuniti kita kat Telegram untuk sembang-sembang kencang pasal badminton Malaysia. Info pinned post sentiasa admin update!

👉 [JOIN TELEGRAM BADMINTON FANS]


Posting Komentar untuk "Akhirnya Badi Pecah! Lee Zii Jia "Ngam" Benam Prannoy Di Istora Senayan"