Sabah SAH JUARA LIGA PERDANA 2019

Sabah SAH JUARA LIGA PERDANA 2019. Akhirnya Liga perdana Malaysia telah mendapat juara yang dicari-cari. Pasukan Sabah telah dinobatkan sebagai juara liga perdana selepas mengalahkan pasukan Uitm semalam.

Skuad bimbingan Jelius Ating memberi saingan yang sangat baik dalam liga perdana musim ini dan percaturan mereka telah membuahkan hasil.

Untuk yang tidak tahu, Pasukan Sabah telah berjaya menunjukkan potensi mereka sejak musim lepas lagi apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia musim lepas.

Sabah SAH JUARA LIGA PERDANA 2019

Masa tu semua terkejut apabila diorang berjaya melangkah ke pusing semi final kalau tak silap admin. Dan kini mereka bakal kembali ke Liga Super untuk musim 2020.

Tak sabar nak tengok para pemain sabah bermain kan. Tahniah kami ucapkan buat para pemain dan keseluruhan pasukan Sabah Fa atas kemenangan ini.

Mereka memungut 40 mata berbanding 33 mata yang diperoleh oleh pasukan tangga kedua iaitu JDT 2.

Post a Comment

0 Comments